Melangkau ke kandungan ↓

Shelby Davis

31 March 2017

Penaung UWC 

Shelby Davis merupakan salah seorang penyokong terkuat UWC, bersama penglibatan ahli keluarganya dalam gerakan UWC sejak tahun 1998. Bersama pelaburan dan pengurusan kewangan yang berjaya, Davis menyerahkan tenaga dan kewangan peribadinya kepada beberapa tujuan mulia, memfokuskan terhadap pendidikan.

Sejak di penghujung 1990, Shelby Davis telah memberikan sumbangan kewangan untuk 50 biasiswa setahun bagi pelajar Amerika untuk mereka menuntut di UWC. Antara 50 penerima biasiswa tersebut, 25 orang menuntut di UWC USA dan selebihnya diberikan tempat di salah satu UWC.

Pada tahun 2000, Davis memulakan Program Biasiswa Davis-UWC yang telah memberikan biasiswa kepada lebih 7500 graduan UWC di hampir 90 buah kolej serta univesiti di Amerika Syarikat. Shelby Davis terus menyokong UWC melalui pelbagai cara dan pada Ogos 2015, beliau telah menawarkan persaingan di UWC antarabangsa bagi mendapatkan tambahan 15 juta Amerika Dollar. Dalam cabaran langsung kepada komuniti UWC ini, sumbangan kebajikan daripada alumni UWC, keluarga mereka dan penyokong-penyokong lain, 15 UWC akan dipilih untuk diberikan sumbangan sebanyak 1 juta dollar kepada setiap satu sekolah atau kolej UWC tersebut. Cabaran IMPACT Davis-UWC memastikan UWC mampu terus memberikan tempat kepada pelajar berdasarkan merit, tanpa mengira latar belakang mereka.