Melangkau ke kandungan ↓

Model dan Prinsip-Prinsip Pendidikan UWC

 

“Terdapat banyak di dalam diri kita daripada yang kita tahu sekiranya kita dicipta untuk melihatnya; mungkin, untuk sepanjang hayat kita, kita akan berpuas hati dengan apa yang sedia ada.”

Kurt Hahn, Pengasas UWC

Bahagian utama model pendidikan tersendiri UWC ialah kepelbagaian yang jelas. Meluaskannya ke seluruh komuniti adalah komponen yang penting untuk setiap sekolah dan kolej UWC. Semua pelajar akan mendapat manfaat daripada pembelajaran dalam kepelbagaian persekitaran dan masyarakat. Ini dapat membantu meluaskan minda dan mendalamkan rasa diri bersama-sama boleh memperoleh kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kami membantu pelajar-pelajar untuk menerokai kebolehupayaan dalam perubahan. Mereka belajar bahawa mereka boleh membantu mengubah dunia melalui keberanian dalam tindakan, contoh keperibadian dan kepimpinan yang tidak mementingkan diri mereka sendiri. Kami menyokong golongan muda untuk mencapai potensi intelektual, moral, estetika, emosi, sosial, rohani dan fizikal.

Perkara yang dipelajari pelajar-pelajar dipacu oleh tujuh prinsip-prinsip yang melambangkan komitmen kami untuk mendidik seseorang secara menyeluruh. Mereka disokong oleh usaha untuk mencapai tujuan asas kami; mencapai keamanan, kemapanan dan keadilan sosial.

  1. Pendidikan harus dilakukan dan diberikan dalam komuniti kolej yang pelbagai. Pelajar-pelajar harus dipilih dari rantau-rantau dan kelas-kelas sosial yang mencerminkan lingkungan ketegangan sesama dan diantara manusia yang luas dan pelbagai.

  2. Pendidikan memerlukan promosi yang aktif mengenai pemahaman antara budaya dan pembangunan keprihatinan yang ikhlas terhadap orang lain. Kedua-dua perkara ini berasaskan pengalaman hidup bersama dan kehidupan yang dipenuhi dengan kerjasama dan kolaborasi. Perkara ini juga termasuk dengan berbincang dan bergiat aktif dalam isu-isu global dalam mencapai keamanan.

  3. Kecergasan fizikal dan gaya hidup yang sihat adalah penting untuk membangunkan keseimbangan seseorang. Gaya hidup yang tidak sihat akan membataskan potensi manusia.

  4. Interaksi komuniti adalah bahagian utama kehidupan kolej/sekolah. Perkara ini memerlukan penyertaan yang penuh dan aktif daripada semula ahli sekolah atau kolej.

  5. Pelajar-pelajar harus boleh mengambil tindakan positif dalam isu-isu kemapanan pada kedua-dua peringkat iaitu peringkat institusi dan peringkat individu.

  6. Pelajar-pelajar perlu ada peluang untuk mengamalkan inisiatif individu, disiplin diri dan tanggungjawab, dan untuk mengawal risiko dan mendepani cabaran. Sekiranya bersesuaian, peluang-peluang ini hendaklah disokong oleh kehadiran orang dewasa yang meyakinkan.

  7. Pengiktirafan diberikan kepada individu-individu yang mempunyai bakat dan keupayaan yang unik. Program-program yang membantu pelajar-pelajar memenuhi potensi mereka haruslah diwujudkan di setiap sekolah/kolej.

Kesemua sekolah dan kolej kami berkongsi misi dan nilai-nilai UWC yang sama tetapi setiap sekolah dan kolej beroperasi secara berbeza dengan identiti tempatan dan identiti rantau yang tersendiri. Model pendidikan UWC menyediakan satu rangka kerja yang sama yang mana dijalankan oleh kesemua sekolah dan kolej kami. Ia tidak menetapkan satu kurikulum tetapi memfokuskan kepada perkara yang unik tentang pendekatan UWC terhadap pendidikan.