Melangkau ke kandungan ↓

Prosedur

Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan proses yang kompetitif, melalui permohonan bertulis, temuduga individu dan secara berkumpulan. Graduan UWC terlibat dalam kebanyakan proses pemilihan.

Disebabkan perubahan tarikh tutup permohonan daripada UWC Antarabangsa, semua calon akan memohon dengan keputusan peperiksaan percubaan atau ramalan, serta laporan akademik 2 tahun yang lepas.

Temuduga akan dijalankan pada bulan Januari dan Februari. Tarikh yang tepat akan disahkan pada akhir tahun ini. Borang permohonan boleh dimuat turun pada bulan September atau Oktober.

Selepas tarikh tutup penghantaran borang permohonan, calon yang berjaya akan dijemput untuk temuduga individu. Senarai pelajar yang dipilih akan diambil daripada calon-calon yang dijemput (melalui e-mel) ke pusingan akhir iaitu sesi kumpulan, perbincangan dan aktiviti.

Biasiswa-biasiswa yang ditawarkan setiap tahun ke Malaysia untuk program IB Diploma di UWC di seluruh dunia adalah berbeza, termasuknya biasiswa penuh atau biasiswa tidak penuh.