Melangkau ke kandungan ↓

Mengenai NC Malaysia

Jawatankuasa Kebangsaan UWC Malaysia dikendali oleh sekumpulan alumni UWC sukarelawan yang komited untuk memenuhi visi UWC melalui tindakan dan contoh peribadi.

Pengerusi : Mazlan Omar (UWC AC 1976). Ahli sejak 2007
Setiausaha : Ahmad Fhamy Sallehudin (UWC AC 1976). Ahli sejak 2007
Ahli : Adriana Nordin Manan (UWC USA). Ahli sejak 2017
Ahli : B K Lau (UWC SEA 1989). Ahli sejak 2007
Ahli : Deborah Mazlan (UWC AC 1976). Ahli sejak 2007
Ahli : Lucy Kow (UWC AC 1986). Ahli sejak 2007

Tanggungjawab utama kami adalah untuk memilih pemuda Malaysia untuk ke United World Colleges setiap tahun.

Kami berusaha untuk meningkatkan dan memperluaskan pemilihan, penggalangan dana dan promosi, serta melibatkan rangkaian alumni sebanyak mungkin. Dari semasa ke semasa, kami juga menganjurkan perjumpaan dan perhimpunan untuk para sarjana dan graduan UWC Malaysia.

Jawatankuasa Kebangsaan UWC Malaysia bergantung pada penyertaan sukarela. Pembiayaan untuk proses pemilihan, upacara dan biasiswa bergantung sepenuhnya pada sumbangan yang diberikan oleh individu dan organisasi.