Melangkau ke kandungan ↓

HM Queen Noor of Jordan

31 March 2017

Presiden UWC

HM Queen Noor of Jordan ialah Presiden UWC yang terkini. Beliau menyertai gerakan ini pada tahun 1955 iaitu ketika beliau menggantikan HRH Charles, Prince of Wales, sebagai Presiden UWC. Beliau juga merupakan Permaisuri Jordan dari 1978 sehingga kemangkatan Raja Hussein pada 1999 lalu beliau sekarang merupakan pewaris takhta diraja Jordan.

Queen Noor dilahirkan di Washington D.C., dalam keluarga Arab-Amerika dan beliau telah menghabiskan kehidupannya selama 40 tahun dalam perkhidmatan awam, dan mata masyarakat. Kebanyakkan gerakannya di Jordan dan di peringkat antarabangsa memfokuskan kepada pendidikan, hak kemanusiaan, kemajuan berpanjangan dan pemahaman pertembungan budaya.

Memperjuangkan martabat belia dan hak kewanitaan dan seni serta sains, Queen Noor terus menunjukkan komitmennya terhadap perubahan sosial yang positif, mewujudkan keamanan dan menyelesaikan konflik menerusi tugas-tugasnya termasuklah menjadi Presiden UWC. Selain itu, puteri beliau juga turut menuntut di UWC Atlantic College.