Melangkau ke kandungan ↓

Lord Mountbatten

31 March 2017

Bekas Presiden UWC

Apabila beliau menjadi Presiden gerakan UWC pada tahun 1967, Lord Louis Mounbatten merupakan seorang ahli diplomat yang sangat penting, cekap dan mempunyai imej ketenteraan pada zaman itu. Berasal daripada keluarga bangsawan, Mounbatten membesar keluarga ketenteraan yang terkenal. Ayah beliau pernah berkhidmat sebagai First Sea Lord.of the British Navy semasa di awal perang dunia pertama.

Melihat kepada kejadian sewaktu perang dunia pertama dan kedua, Mounbatten bangkit melalui kedudukan dalam ketenteraan dan dunia diplomatik. Beliau seterusnya menjadi First Sea Lord dengan sendirinya pada tahun 1954. Beliau juga menjadi ketua pasukan tentera bersenjata British pada tahun 1959 sebagai Chief of Defence Staff.

Setelah bersara, Mounbatten menumpukan kehidupannya kepada urusan-urusan antarabangsa dan pengelakan konflik, bersama UWC menjadi salah satu tujuan utamanya. Sepanjang jawatan beliau sebagai presiden UWC, Mounbatten melebarkan sayap gerakan ini diseluruh dunia, termasuklah UWC South East Asia di Singapore pada tahun 1971 dan Lester B. Pearson UWC of the Pacific berdekatan Victoria, Brisith Columbia pada tahun 1974. Pada 1978, Mounbatten menyerahkan jawatannya kepada cucu saudaranya, Prince of Wales, HRH Charles.