Melangkau ke kandungan ↓

Kurt Hahn

1 July 2021

Pengasas UWC

Salah seorang insan paling berpengaruh dalam pendidikan antarabangsa abad ke-20, Hahn dilahirkan di Germany pada 1886 dan mempunyai ibu bapa yang berbangsa Yahudi. Kurt Hahn mendapatkan pendidikan di Germany dan kemudiannya ke Oxford, sebelum Perang Dunia Pertama yang memaksanya untuk kembali semua ke Germany. Minatnya terhadap pendidikan sebagai sebuah usaha kearah kebaikan dikuatkan lagi apabila beliau menyaksikan kemusnahan semasa perang tersebut. Dengan bantuan daripada Putera Max von Baden, ‘Imperial Chancellor’ Germany yang terakhir, menubuhkan Salem School Germany pada 1920 atas dasar rasa hormat terhadap individu, tanggungjawab terhadap komuniti dan kesedaran akan kepentingan proses demokrasi untuk mengekalkan kedua-duanya. Pada 1933, Hahn telah dibuang negeri ke UK selepas beliau bersuara lantang menentang Nazis. Beliau juga menubuhkan Gordonstoun School di Scotland dengan berdasarkan empat perkara asas iaitu ke-antarabangsaan, cabaran, tanggungjawan dan perkhidmatan.

Hahn memainkan peranan penting dalam pengasasan ‘Outward Bound Organisation’, ‘Duke of Edinburgh’s Award dan mengasaskan gerakan UWC dengan pembukaan Atlantic College pada tahun 1962. Semasa beliau menghadiri Konferens Ahli NATO 1958, beliau mendapat inspirasi daripada kerjasama yang beliau saksikan antara bekas-bekas mangsa Perang Dunia Kedua. Beliau berpendapat bahawa jika kita boleh mendidik anak-anak muda daripada seantero dunia bersama, kita boleh mengelakkan konflik pada masa hadapan. Dengan kepercayaan ini bersama kuasa yang ada pada pendidikan untuk mengubah dunia, lahirlah gerakan UWC dengan misi untuk menjadikan perdidikan sebagai sebuah daya usaha untuk menyatukan penghuni dunia, negara dan budaya untuk keamanan dan masa depan yang lebih baik. Pada 1962, UWC yang pertama iaitu UWC Atlantic telah dibuka di Wales.

Hahn meninggal dunia di Germany pada 1974. Beliau digelar sebagai “pengetua dan rakyat kemanusiaan” di dalam Kamus Britain, Biografi Kebangsaan. Beliau meninggalkan kesan legasi yang kekal hingga kini sebagai yang paling penting dalam sejarah pendidikan minda kelas antarabangsa.

 

“Saya menganggap ini sebagai tugas yang utama dalam pendidikan untuk memastikan kualiti-kualiti ini terus kekal: rasa ingin tahu yang kreatif, semangat yang tidak dapat ditandingi, kesungguhan dalam mengejar sesuatu, kesediaan untuk berkorban dan yang paling utama adalah simpati dan empati.”