Melangkau ke kandungan ↓

Apa itu UWC?

UWC (United World College) ialah sebuah gerakan pendidikan antarabangsa yang menjadikan Pendidikan sebagai satu alat untuk menyatukan manusia, negara-negara, dan budaya untuk keamanan dan masa hadapan yang mampan.     

You have not allowed cookies and this content may contain cookies.

If you would like to view this content please

Antara dasar-dasar UWC ialah kepercayaan bahawa Pendidikan mampu menyatukan orang muda daripada latar belakang yang berbeza atas dasar kemanusian sejagat, untuk mendekatkan dengan perubahan-perubahan sosial melalui tindakan berani, contoh tauladan peribadi dan kepimpinan menyeluruh. Untuk mencapai hasrat ini, sekolah-sekolah  dan kolej-kolej UWC serata dunia menawarkan pengalaman pembelajaran yang mencabar dan membawa perubahan  kepada sebilangan anak muda yang berbagai kaum, meransangkan mereka untu menjadi ejen-ejen yang membawa perubahan positif selaras dengan nilai-nilai teras UWC.

 

  • Pemahaman antarabangsa dan budaya.
  • Meraikan perbezaan
  • Integriti dan Tanggungjawab peribadi
  • Tanggungjawab Bersama  dan Hormat
  • Belas kasihan dan berkhidmat
  • Hormat terhadap persekitaran
  • Mempunyai rasa idealisme
  • Cabaran Peribadi
  • Contoh tindakan dan peribadi.

Hari ini, UWC mempunyai 17 sekolah dan kolej di 4 benua, kebanyakannya memfokuskan terhadap golongan umur 16-19 tahun, umur di mana tenaga dan akal anak-anak muda dapat dibimbing ke arah empati, rasa tanggungjawab dan tindakan yang kekal sepanjang hayat. Kolej-kolej ini mengajar International Baccalaureate (IB) Diploma sebagai kurikulum rasmi mereka, satu kelayakan di mana UWC memainkan peranan besar dalam membangunkan  dan juga menekankan kepentingan pembelajran berdasarkan pengalaman, khidmat masyarakat  dan aktiviti-aktiviti luar.

Pelajar-pelajar kolej UWC dipilih secara domestik, di 155 buah negara, melalui sistem Jawatankuasa Kebangsaan (National Committee) UWC yang unik. Pemilihan adalah berpandukan potensi dan keupayaan yang ditunjukkan. Selaras dengan dasar UWC bahawa Pendidikan sepatutnya berpandukan keadaan sosioekonomi para pelajar, 70% daripada pelajar-pelajar IB Diploma menerima sama ada bantuan kewangan penuh atau separa mengikut kepada keperluan mereka.

UWC juga menjalankan program-program Pendidikan yang berdurasi lebih pendek- dijalankan di semua 17  kolej dan sekolah UWC dan selanjutnya – menambahkan lagi bilangan pelajar yang dapat merasai pengalaman pembelajaran UWC.

UWC menerapkan komitmen sepanjang hayat terhadap tanggungjawab sosial dan, sehingga kini, ianya telah memberi inspirasi kepada lebih daripada 60 000 alumni yang percaya bahawa tindakan melakukan perubahan secara setempat, kebangsaan dan antarabangsa mampu dilakukan.