Melangkau ke kandungan ↓

Aktiviti Kokurikulum

 

"Keyakinan dalam usaha, merendah diri dalam kejayaan, keanggunan dalam kekalahan, keadilan dalam kemarahan, penghakiman yang jelas walaupun terlukai maruah dan kesediaan untuk berkhidmat pada bila-bila masa."

Kurt Hahn, Pengasas UWC 

'Kreativiti, Kegiatan, Khidmat’ (CAS) sentiasa di teras pendidikan UWC. Kecemerlangan digalakkan antara murid-murid di dalam bilik darjah dan di luar, menerusi penglibatan aktif  dalam pelbagai aktiviti kreatif, fizikal, sosial dan komuniti.

Setiap sekolah dan kolej UWC menawarkan pelbagai aktiviti CAS yang dimulakan dan diketuai oleh kedua-dua fakulti dan pelajar. 

Kreativiti 

Seni dan kegiatan yang melibatkan pemikiran dan aktiviti kreatif. Contohnya termasuk teater, muzik, seni sejarah, dan lawatan kebudayaan.

Kegiatan

Latihan fizikal dan cabaran fizikal. Contohnya seperti memanjat, berkayak, kumpulan berlari, bola keranjang, dan lain-lain.

Khidmat

Khidmat masyarakat iaitu pertukaran sukarela yang tidak dibayar dan mempunyai faedah ilmu untuk pelajar dan komuniti tempatan sekolah. 

Lingkungan ini bervarieti, tetapi beberapa contoh dari kolej dan sekolah kami termasuk menyokong taman kebun tempatan, menjalankan aktiviti di kem pengungsi, terlibat dalam aktiviti sukan dan teater dengan orang kurang upaya, penyebaran saintifik untuk kanak-kanak dan orang dewasa, menawarkan kelas perbualan Bahasa Inggeris ke komuniti tempatan, bekerja dengan ladang kampus organik, dan menawarkan pengalaman pelbagai budaya kepada pelajar sekolah rendah tempatan.

CAS menunjukkan bahawa pendidikan UWC bukan hanya satu siri cabaran akademik, tetapi satu cara untuk kehidupan dengan megembangkan keprihatinan dan belas kasihan bagi orang lain. CAS menggalakkan pelajar meletakkan pembelajaran akademik mereka dalam konteks. Dengan ini, pelajar dapat membangunkan kemahiran antara perseorangan mereka dengan pembelajaran melalui pengalaman. Mereka juga dapat meneruskan perjalanan penemuan diri dengan mengatasi cabaran peribadi, dan menyediakan keseimbangan penting kepada tekanan akademik.

CAS adalah salah satu daripada tiga elemen penting yang perlu dilengkapi oleh setiap pelajar sebagai sebahagian daripada International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP), yang merupakan kurikulum yang digunakan di semua sekolah dan kolej UWC. Sekolah-sekolah IBDP yang lain hanya memerlukan keperluan minimum CAS. Walau bagaimanapun, UWC telah menjadi peneraju dalam aspek ini kerana sekolah-sekolah dan kolej kami menjalankan lebih banyak CAS dalam satu penggal daripada sekolah-sekolah lain sepanjang tahun. Bukan itu sahaja, ramai pelajar UWC melihat aktiviti CAS mereka sebagai yang paling penting pengalamannya di UWC.